Header Ads

Cara Sediakan Air Soda Herbs Dari Nurul Jahirah

CARA BUAT AIR SODA HERBS
.
Mesti korang pernah mkn di restoran william yg famous dgn air Soda herbs dorg kan? Sapa pernah rasa mmg terbaik air ni..dekat kedai gelas besar lebih kurang satu Jug ni boleh mencecah rm10 ... Buat sendiri lg puas hati .. X susah pun senang .. So refreshing . Sangat-sangat sedap :D
.
.
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar

kredit resepi kepada Nurul Jahirah



Bahan diperlukan:
.
1 botol air aiscream soda ~ botol besar
1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ di titik
daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ di hiris nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya


Cara Buat:
.
Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Sediakan bekas yang bersesuaian
Letakkan daun pudina secukupnya
Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
Dan di ikuti asam boi putih
Kemudian masukkn buah laici
Tuangkan air aiscream soda secukupnya
Letakkan ketulan ais jika suka


Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
Siap ! Nyumssss

Sila-sila.... hehee
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

No comments:

Powered by Blogger.