Header Ads

Aneka Resepi Masakan Ketam

Siapa kat sini peminat seafood terutamanya ketam?

Mesti ramai kan?sebab rasanya yang hmmm...xyah cite la memang sedap,kali ini admin kongsikan 5 menu popular masakan ketam yang pasti memikat selera anda..

Cara buat dan resepi ada pada setiap gambar..

Jom cekidout..

Sumber resepi dari pelbagai pihak...



Resepi Ketam Masak Merah Special

Bahan-bahan

2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
sedikit hirisan cili merah
4-5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar cili kering kisar
sedikit air
1 sudu besar sos tiram
1 sb kicap manis
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan mesin
1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara-cara
Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
Hidangkan setelah masak.


KETAM BALCK PEPPER

INGREDIENT

Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
1 genggam biji lada hitam -tumbuk
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji bawang putih – potong halus
halia sebesar ibu jari – mayang halus
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketumbar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

METHOD
Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
Kacau dan masukkan sedikit air
rasakan garam dan gula
bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
Bila dah masak, tutup api . Taburkan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan


SUP KETAM

Bahan-Bahan 4 ekor ketam bunga. 4 labu bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1.5 sm halia (dikisar) 1 bungkus sup bunjut 1 labu bawang besar (dihiris) 2 batang serai Garam secukup rasa Daun saderi Air secukup Cara membuatnya Bersihkan ketam dan tos Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang. Ok lah..Selamat mencuba.


KETAM LEMAK CILI API

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara Penyediaan:

Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.


KETAM MASAK TELUR MASIN

Bahan-bahan:
1/2 kilo ketam bunga (di belah 2)
3 sdb tpg jagung
3 bj bwg putih - di tumbuk halus
10 helai daun kari
5 bj cili padi - potong kecik
3 sdb susu cair
4 bj telur masin - rebus dan ambil kuning telur je. (aku campur putih telur sket..syg nk buang smua..)
garam
minyak

Cara buat:
Gaul ketam dgn tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga kekuningan. Angkat dan ltk tepi.
Minyak bks menggoreng ketam, tinggal kan dalam 3 - 4sdb. Tumis bwg putih hingga garing.
Masukkan cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan telur masin. Masukkan garam sket. Gaul rata lps tu masukkan ketam.
Masak kejap je sekadar bhn2 digaul rata dgn ketam.
Angkat dan hidangkan. Ms hidang tu, aku curah sket lg susu cair ats ketam tu. X yah bnyk, cuma nk kasi naik lg dia pnye rs lemak tu.. enjoyyy!!! — with Mencari Redhamu.

No comments:

Powered by Blogger.