Header Ads

Resepi Kuah Kacang Versi Mufidah Jamil

 


Assalamualaikum dan selamat tengahari😊

Ok sekarang saya share resepi kuah kacang cara saya pula😊👍👍MasyaAllah sedap,xrugi mencuba😉

resepi ini adalah hasil air tangan dan idea dari Mufidah Jamil


Kacang yang telah siap di goreng tanpa minyak.Anggaran 450gm


Bahan2 yang perlu digoreng sampai wangi dan di kisar halus.Agak2 ja sukatan banyak ni.

✔️cili kering di gunting serong
✔️bawang merah
✔️bawang putih
✔️halia
✔️serai
✔️Lengkuas
✔️Belacan
✔️Asam jawa
✔️udang kering peket Kecil(Maaf termiss dlm pic)Jangan lupa letak tau nanti kuahnya lagi sedap👍👍👍


Panaskan minyak goreng semua sekali.


Dah naik bau,Selepas itu dikisar halus.


Saya suka kacang sebahagiannya dikisar halus,dan sebahagiannya lagi agak kasar,sebabnya apa tau,baru terasa meletup-letup kuah kacang tu dalam mulut,mercikkk hihi😉


Dalam kuah tu nanti masukkan 1/2cawan gula merah.


1 cawan gula kasar.


minyak lebihan mengoreng tadi boleh digunakan untuk menumis semua bahan kisar tadi👍tambah garam dan ajinamoto secukup rasa ya,renihkan sampai kacang lembut dan masak sepenuhnya.


Dah siap😍😍

1 comment:

  1. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.