Header Ads

Resepi Buat Aiskrim Coklat


Resepi Buat Aiskrim Coklat (Mengikut Perasa yg Disukai)

Bahan -bahan:

4 kuning telur
1/2 cawan gula
500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
250 gm krim putar (whiping cream)

Cara - Cara Membuat :

  • Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.



  • Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.
  • Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).
  • Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).
  • Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.
  • Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.
  • Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...



Dan hias dan gayakan mengikut yang anda suka..

Tadaa, Selamat Mencuba..

Kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

No comments:

Powered by Blogger.